..:)

:):)

26 April 2010

hujan


Assalamualaikum semua. harapnya dalam keadaan baik2 n xde yg demam. maklumlah sekarang n musim hujan je Alhamdulillah. semalam je 1 hari hujan, kt kelas pon mood tido je (hai,kena kt dr sendiri). entri kali n nk cerita tentang hujan. bukan indie band 2. tp salah satu rahmat Allah yg x ternilai harganya.

Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a. katanya, dia mendengar Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW bercerita, "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat." (Hadis riwayat Muslim)

Nabi sendiri pon betapa gembira tatkala hujan turun. sah-sah lah Allah turunkan hujan bersama rahmatnya. jadi mengapa setiap kali hujan turun,ada saja cakap-cakap atau kata-kata yg x sedap didengar. macam2lah. yg menunjukkan betapa kita x suka hujan turun. hujan n ganggu aktiviti kita. jangan, jangan sesekali bercakap begitu. * “Ishh….cuaca buruk je akhir-akhir ni yer…soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk???”
* “Iskkk….. Tak kering la baju kalau asyik hujan je…”
* “loorrrr…..hujan lagiii!!!!”
* “Tiap-tiap hari hujan…susah la mcm nih…”
* “Kalau hujan…memang payah nak buat ape-ape kerja…”
* “Ala… tak boleh balik la mcm ni…hujan!!”
* " nak pegi masjid.. hujan pulak daaaah...

betapa besarnya nikmat dan rahmat hujan itu sendiri. Firman Allah dlm surah Ar-rahman. disebut sebanyak 31 kali. Subhanallah.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

tepuk dada tanya IMAN..!! seperkara lg yg rasa-rasanya ramai dah sedia maklum tentang salah satu waktu mustajab berdoa maka perbanyakkanlah berdoa di kala hujan turun.


bila hujan,pakailah payung :")

No comments:

Post a Comment

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...