..:)

:):)

20 May 2010

rabiatul adawiyah

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..Rabi'atul Adawiyah Al-Basriyah kecintaannya kepada Allah hingga malaikat boleh berbicara dengannya atas perintah Allah....


Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut. 

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku. "Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut. "Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang. "Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi. "Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri. 

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah. Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat.

Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini. Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, 

"Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

Alangkah hebat serikandi ini. ditambah dgn rasa cintanya terhadap Maha Esa. daripada kisah di atas kita dpt lihat betapa insan mulia ini tidak tegar sama sekali menghukum walaupun pencuri 2 salah pdnya malah mendoakan yg terbaik utk org yg buat jht 2. benarlah, kita semua x berhak menhukum antara satu sama lain. siapalah kita n? siapa kita disisi Allah? cukupkah amal soleh sehingga kita boleh diangkat darjat oleh Allah? walau dimana sekalipun kedudukan kita,kita perlu sedar yg kita diciptakan dari sari pati yg sama. betapa hinanya air itu,jd kita semua setaraf. jika sesama kita ada yg berbuat salah terhadap kita,walau besar mana sekalipun, ajaklah hati kita memaafkan. ajarlah hati kita dgn sifat sabar. ingatlah, kemaafan yg diberi betapa tinggi nilainya disisi Allah. boleh nk mara,tp biarlah bepada. biarlah kena tahapnya. jika sang pesalah itu da mohon seribu kemaafan, menyesal dgn apa yg terjadi, berlapang dadalah memaafkan. sepatutnya kita lg mendoakannya. berlapang dada bukan melupakan,tp cuba menerima ianya sebagai 1 ujian Allah. ujian Allah tanda syg kpd kita. jika kita terus2an melupakannya,ditakuti apabila kita ingat balik, terdetik perasaan amarah lalu menjadi dendam. maka kita sentiasa berdosa dgn prasaan dendam 2..renungkan.



nota kaki : hidup ini ibarat roda,kadang kita diatas,kadang kita dibawah. what u give,u get back! berbalik kpd Al-quran n sunnah Rasulullah. nescaya hidup kita terbimbing dalam bimbing-NYA...wasalam


No comments:

Post a Comment

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...