..:)

:):)

13 June 2010

ahlan ya shahru rejab 1431H..

"Allahumma baariklana fii rojaba wa sya'ban wa balighna ramadhan"

Lepas magrib mlm ni kita sudah berada dalam bulan Rejab iaitu salah satu daripada 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firman Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 36: Maksudnya : 

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati . Itulah ( ketetapan ) agama yang lurus maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat, dan perangilah orang-orang musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya ; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa " . 


Sejarah..
Rejab dari segi makna bahasa ialah menghormati dan memuliakan. Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan dalam bulan ini. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut dan dicerobohi. Pada ayat yang dibaca diatas tadi Allah SWT melarang kaum muslimin berperang atau bergaduh malah diperintahkan kita menghormati dalam bulan-bulan haram tersebut dengan cara tanpa melakukan pergaduhan, pertelingkahan dan peperangan dalam masa bulan-bulan itu. Hanya dibenarkan oleh Allah SWT sekiranya kita kaum muslimin diugut, diancam atau dicerobohi barulah ketika itu kita memerangi mereka sebagaimana mereka memerangi kita tanpa kita melampaui batas. 

Tetapi malangnya sebahagian daripada kita umat Islam masa kini tidak mengindahkan larangan dan perintah Allah SWT untuk menghormati dalam bulan-bulan itu. Malah sebaliknya dalam bulan-bulan haram itu mereka bertelingkah, bergaduh dan berperang sesama sendiri. Tuduh menuduh, kata mengata, fitnah mengfitnah, mengumpat, mengkeji dan mencela tiada sempadan waktu dan tempat bagi mereka yang suka berbuat demikian. 

Amalan..
Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.

nota kaki : sabda Rasulullah "rejab bulan Allah, sya'ban bulan ku dan ramadhan bulan umatku".. boleh la buat amal ibadah ni dlm bulan lain juga. ni seru diri sendiri dan sahabat semua :")


No comments:

Post a Comment

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...