..:)

:):)

04 January 2011

:: bukan anti lelaki ::

assalaamualaikum buat semua. alhamdulillah masih diberi ruang bernafas oleh YANG empunya diri ni. kesihatan yang diberi membuatkan diri mudah memulakan dan meneruskan urusan di maktab tercinta. cewwah :) untuk pertama dan sekian kalinya sampai maktab tanpa gejala homesick. mungkin sebab aktiviti bercakap tak ingat membuatkan perasaan tu dilupakan :)


bebalik pada tajuk. mungkin memang tajuk tu sesuai bagi kami. eh kami? ye kami :) tiba2 hati terdetik nak tulis pasal ni.

"Pabila Daie tidak menjaga hatinya maka rosaklah dirinya terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah ditangannya. kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang daie berkata-kata,bukanlah kecantikan paras rupa,bukan juga dengan aktif berpersatuan tetapi terletak pada keikhlasan dan kejernihan hatinya. Oleh itu wahai Daie..waspadalah hatimu selalu agar ia terselamat daripada kekotoran nafsu yg menipu"

melihat kepada kata2 atas ni pun dah menterjemahkan apa prinsip yang dipegang. moga2 prinsip dan fikrah yang dikurnikan Allah ini kekal. biarlah segalanya terjaga sampai tiba masa dan ketikanya :)

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti”
[Sahih Muslim, hadis ke 2282

kita sedar minat,kasih,sayang,suka,rindu itu fitrah. tapi bagaimana kita mengolah perasaan itu yg penting. bukankah syaitan itu menghasut pada titik kelemahan kita? ia menguji dengan fitrah insani yg dah lama berada dlm jiwa manusia. fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.

~ Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga) ~
[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]



nota kaki : nak bercinta? bolehh..nak msg? bolehh..nak suke2,minat2,rindu2? bolehh..tp lepas nikah :) selesaikan dulu amanah Rasulullah. kita penyambung rantaian nya.


ma fii qalbi ghairullah,
nurunnysa :)



1 comment:

  1. osah..meanrik2..!thnx sharing is caring..hhee

    ReplyDelete

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...