..:)

:):)

15 February 2011

:: salam maulidur Rasul ::


Cubalah bayangkan wahai saudaraku tercinta, seandainya anda sebentar lagi akan dikunjungi oleh Nabi Muhammad SAW dalam satu kunjungan yang belum anda persiapkan sebelumnya. Apakah gerangan yang akan anda lakukan? Nabi Muhammad adalah sebaik-baik hamba Allah yang berjalan di permukaan bumi. Lebih baik dan lebih mulia dari semua kepala negara dan para pemimpinnya. Lebih baik dari para barisan pemikir dan golongan genius. Nabi Muhammad adalahKhalilur Rahman ( kekasih dan kesayangan Allah yang bersifat al-Rahman ) SAW, Baginda akan mendatangi anda di kediaman anda sendiri. Cubalah fikirkan sekarang, apakah yang akan anda lakukan wahai si miskin atau si kerdil? Apakah anda akan terus berlari menuju pintu dalam keadaan genangan airmata sambil memberi senyuman dalam suasana yang tidak mungkin akan anda lupakan, seraya berkata "Rasulullah SAW sedang beradai dirumahku, yakni suatu hari yang paling bahagia dalam kehidupanku".

Ataukah tulang-tulang sendi anda sendiri akan menggeletar ketakukan, lalu anda segera berlari menuju bilikmu sendiri untuk menyimpan kaset dan cd yang mengandungi lagu2 Arab (Melayu) dan Inggeris, agar anda menukarkannya dengan kaset2 Al Quran , zikir dan ceramah agama?

Adakah anda akan menyembunyikan berbagai cd video murahan (lucah)? Dan apakah anda akan membuang berbagai gambar artis dan penari yang digantungkan di dinding, dan yang memenuhi laci2 meja (dan almari)?, yang mana Rasulullah memang tidak menyukainya

Dan apakah anda mempunyai masa yang cukup agar anda dapat memiliki dan memelihara janggut dengan baik. Dan akan anda perlihatkankah siwak (sugi) sebagai ganti berus gigi. Dengan tujuan membesarkan dan memuliakn sunnah Nabi Muhammad, dan sebagai bukti bahawa anda betul2 mengambil berat tentang (cara hidup) Rasulullah SAW.

Wahai wanita dan puteri-puteri, srikandi Islam, bagaimanakah sikap anda semasa menghadap Rasulullah? Apakah anda akan memakai pakaian (hijab) menurut syarak, yang mana anda sendiri sejak beberapa tahun masih ragu2 untuk membuat keputusan memakainya. Seakan-akan ianya merupakan suatu kecacatan pada pandangan anda.

Apakah anda akan menghadapi Baginda dengan rambut kepala yang terdedah, pakaian ketat, dan wajah yang dipenuhi berbagai alat solek? Akan kenalkah Rasulullah melalui pakaian dan penampilan anda bahawa penghuni rumah (yang sedang dikunjungi Baginda) tersebut adalah wanita Islam? Ataukah Baginda akan merasa keragu-raguan bahawa Baginda barang kali telah tersilap kerana mengetuk pintu rumah salah seorang pelakon Eropah yang tak terdapat sedikitpun padanya pertanda keiltizamannya dengan ajaran Islam?

Apakah anda akan bergegas (dihadapan Rasulullah) menghormati dan memuliakan kedua ibu-bapamu dan anda akan memanggil mereka dengan panggilan dan cara yang paling mereka sukai. Dan jika orang tuamu menyuruh melakukan sesuatu anda lalu akan mentaatinya. Ataukah anda akan memperlakukan mereka sepertimana yang anda lakukan selama ini sebelum kunjungan Baginda, lalu anda berteriak, menengkiing  dan menentang semua perkataan mereka tanpa mempedulikan perintah Allah dan perintah Nabi-Nya, Muhammad SAW.

Apa sikap anda jika Baginda berkata "Saya tidak akan menanyamu mengenai solat Subuh yang anda tunaikan, bukan pula mengenai solat berjamaah di masjid, demikian juga mengenaiqiamullail; kerana memang telah jelas hal ini adalah merupakan perkara asas yang utama dalam kehidupan hamba mukmin. Bukankah demikian?". Bagaimanakah perasaan anda mendengar perkataan Baginda? "Segan, malu dan sedih?". Ataukah anda akan menutupi hal ini semuanya dengan senyuman nifaq yang berpura2 setuju (atas apa yang Baginda katakan)?

Apakah sekiranya bila Baginda tahu bahawa anda belum pernah solat Subuh sejak beberapa bulan, dan anda merasa bangga di kalangan teman-teman anda bahwa anda baru pernah membaca Al-Quran satu kali sahaja selama hidupmu? Lalu apakah gerangan yang akan dikatakan Baginda terhadap anda? Apakah Baginda akan berkata: "Anda adalah kebanggaan Islam dan umat". Ataukah wajah Baginda akan merah-masam kerana Baginda mara, lalu Baginda akan pergi dari tempat anda?

Apakah tajuk perbicaraan anda bersama Baginda? Apakah mengenai penderitaan dan kesengsaraan umat Islam di seluruh dunia akibat perlakuan zalim dan penindasan. Ataukah mengenai "ilmu agama", sejarah umat Islam, dan mengenai betapa pentingnya usaha untuk membangkitkan umat dan memajukan mereka dalam bidang agama dan keduniaan secara teori dan praktikal? 

Ataukah anda akan berbual dengan Baginda mengenai teman wanita anda yang mana anda sering berbicara dengannya dalam telefon, dan ia pernah anda bawa ke kelab dan pusat hiburan?? Ataukah mengenai berita terkini tentang kumpulan penyanyi terkenal di UK , bintang filem top di Mesir , cerita rambut pemain bola yang terkenal dari Italy , perlawanan bola sepak dan keputusannya yang terkini. Ataukah mengenani restoran terkini yang menyajikan berbagai jenis arak dan minuman memabukkan. Dan mengenai kejayaan anda menubuhkan "satu kumpulan" di kawasan tempat tinggal anda yang bergiat dalam keruntuhan moral dan mengganggu keamanan dan ketenteraman masyarakat. Dimana hal ini semuanya bercanggah dengan sunnah Baginda SAW.

Saudaraku tercinta, dapatkah anda membayangkan sikap anda sekarang? Ataukah anda hanya dapat membaca gubahan kata ini sepintas lalu sahaja? Adakah anda memiliki perasaan menyesal atas sujauh anda yang telah lalu? Apakah anda memang masih belum siap untuk didatangi oleh Baginda dalam satu kunjungan singkat secara mengejut ?

Apakah yang membuat anda masih lengah dan lalai? Apalah yang telah berlaku ke atasmu wahai saudara tercinta? Apakah anda lupa bahawa Allah SWT tetap mengamat-amati dan memperhatikan segala perbuatan dan tingkah lakumu siang-malam. Pandangan Allah tidak pernah lengah dan lalai dan tidak pernah tidur.

Allah membukakan dan memberi keampunan-Nya di malam hari agar hamba yang melakukan kesalahan di siang hari bertaubat dan kembali kepada-Nya. Allah membukakan dan memberi keampunan-Nya di siang hari agar hamba yang melakukan kesalahan di waktu malam hari bertaubat dan kembali kepada Nya. Tuhan Yang Maha Pengasih berkata di sepertiga malam terakhir: 

"Adakah dikalangan hamba-Ku yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya. Adakah dikalangan hamba-Ku yang ingin memohon keampunan supaya Aku memberinya keampunan. Adakah dikalangan hamba-Ku yang ingin berdoa dan meminta (sesuatu) supaya aku memberinya"?

Saudara, alangkah kasar dan kerasnya hati anda. Alangkah tandusnya hati anda. Sebenarnya anda mengejar-ngejar kehidupan dunia sedangkan ia sendiri lari meninggalkan anda. Anda berpaling dan meninggalkan Allah yang membukakan seribu satu pintu bagi anda supaya anda bertaubat dan bermunajat kepada-Nya. Bersegeralah, dan cepatlah bertaubat sebelum masanya terlambat.. Allah SWT berfirman :

" Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadaNya). Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Quran pun yang baru (diturunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya,sedang mereka bermain-main, (lagi) hati mereka dalam keadaan lalai". 
(Al-Anbiya 1-3)


rindukanMU,
NURUNNYSA :)

No comments:

Post a Comment

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...