..:)

:):)

05 April 2011

:: 13mac - 24mac ::

بسم الله الرحمن الرحيم



ni jadual flight kami sekeluarga..

Alhamdulillah..Allahu Akbar..hari ni 6 April maknanye dah 2 minggu meninggalkan bumi Haramain itu. dan insyaAllah ingin memulakan entry pasal kenangan umrah je.

tajuk : Tetamu Allah. Tetamu Rasulullah..

8mac@ selasa yang dinantikan akan muncul esok. barang-barang semua da packing. da 4hari pulang ke rumah bercuti dr kuliah. petang tu ayah dapat call bgtahu esok xjadi pergi. kami? hampa..buat pbincangan di dapur. masalah yg timbul : visa blom dapat :(

Rabu..blom comfirm bila tarikh nak pergi..Khamis..blom komfirm,cuba dptkan tiket..Jumaat..poon tak dpt lagi..Sabtu..petang tu kami semua dah bsedia,tapi blom ada rezeki..Ahad..

kalau mula2 delay dulu risaukan assignment, Sbe, kuliah, exam..macam-macam fikir..tp kali ni lupekan semua tu dah.

"xpe hanisah, kamu xpayah fikir maktab, xpayah risaukan jumlah kredit awk ckup ke x nk msuk exam, SBE sume 2. awak fokus ibadah umrah awk saje. Allah yang takdirkan semua ni, Allah tahu apa yg Dia rancang utk hambanya" .. ustaz Shidki 

rase tenang sgt dgr sedikit 'makanan rohani'. mmg time tu da mula down. petang tu kami masing-masing luah perasaan. menangis jugaklah. mak & ayah cuba tenangkan suasana yg sgt hiba tu. ayahlah org yg paling tabah dan sabar. ayah jadi penguat kami dalam menempuh keadaan ni. walaupun kami tahu je ayah pon mesti sedih. dengan diuji nenek sakit. mcm2 lagi. tp ayah tetap kuat di hadapan kami.

"skarang ni kita kena fikir, ni bukan kerja manusia lagi..tapi skarang kerja Allah. mohonlah pada-Nya, minx maaf byk2, doa byk2" .. ayah

malam tu suasana lebih hiba lepas solat maghrib. memang tak tertahan lagi. ujian yg kecil ni tp kami rasa x mampu. pas isyak, call 2 org ukhti. ukhti Mirae & ukhti azie..

"xpe nysa, mgkin Allah beri kesusahan sebelum pergi. nanti kat sana mesti semuanya lancar"

"anti kena yakin dgn Allah. letakkan sangkaan baik padaNYA. mcm mana anti bersangka dgn Allah, mcm tulah nnt anti dapat. klau anti yakin dgn Allah, pasti segalanya mudah"

Allah..mmg hatiku sedikit luntur dgn ujian kecil ni. bru sedar time tu..dan keyakinan naik meninggi! mlm tu mcm biasa buat esemen. sempat chat dgn Kina. borak2 pastu tgk jam da pukul 1am. kena tido la. sebelum melelapkan mata, sempat berangan sampai Mekah. belum pun 5minit terlelap, dengar suara ayah panggil2 adik. "asraf,kejot semua bgn. pukul 4 nanti dorang datang amek kite. alhamdulillah flight kita hari ni 8pg". Allah...Ya Alllah..rasa mcm mimpi. terkedu. alhamdulillah Ya Allah.indahnya :)


bersambung....



haramain,
nurunnysa :)

No comments:

Post a Comment

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...