..:)

:):)

30 September 2011

:: bukan mudah ::


bukan mudah diriku melafazkan
andai kau menyakitkan
hati nurani dan perasaan
kerana bagiku ia cuma ujian..

dulu kau pernah katakan
menjaga hati sahabat perlu diutamakan
dulu aku yang sering melakukan
namun sekarang kau lakukan..?

kata-kataku sering tersalah
begitulah kau meluah
aku terima berlapang dada
kelemahan diri yang ada..

sikap juga perlu dijaga
bila menabur janji harus dikota
pernah jua hatiku terasa
namunku biarkan dan terus melupa..

antara kita pernah yang kata
dirimu seorang yang emotional
mungkin kerana kau lebih usia
tidak diluah kerana hormat..


bukan mencari kesalahan
cuma ingatan buat teman-teman
aku ini insan punyai banyak kelemahan
andai terasa..maafkan...


**********


kita sering menyalahkan orang itu dan ini
kita sering mengungkit kisah-kisah lama
kita kadang-kadang main cakap je apa nak dikata
kita bercerita macam2 pasal org kat semua org
tapi pernah tak kita terfikir kata-kata itu akan diuji?

pesan ukhti :
~mungkin dengan kelemahan seseorang itu dapat mengajar kita supaya lebih bersabar 
dan ajar kita macam-macam~


~sahabatku, cinta itu memaafkan. Memaafkan bukan melupakan. 
Memaafkan itu membalas keburukan dengan kebaikan, membalas kebencian dengan cinta dan kasih sayang. itulah cinta hanya dengan memaafkan menyembuhkan luka dan derita. 




"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada." (QS. an-Nur :22)







harap kau faham.
nurunnysa :)

2 comments:

  1. salam mawaddah..nice blog..dun forget step on my blog (~_~)

    ReplyDelete
  2. subhanallah..da tgk2 da blog awk :)

    ReplyDelete

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...