..:)

:):)

11 May 2012

:: kisah menyentuh hati ::




Assalaamualaikum jamie'an..

Di dalam bilik sebuah hospital terdapat dua orang pesakit. Kedua-duanya mengalami penyakit yang serius. Setiap petang, kedua pesakit ini berehat sambil bersembang tentang pelbagai pengalaman hidup masing-masing.
Katil seorang pesakit tadi terletak bersebelahan dengan jendela bilik tersebut. Setiap petang, pesakit ini akan duduk dan menikmati pemandangan di luar. Beliau menceritakan kepada rakannya keindahan yang dilihatnya di luar jendela itu.
“Jendela ini berhadapan dengan sebuah tasik indah yang dikelilingi pepohon serta bunga-bunga berwarna-warni. Anak-anak kecil bermain-main dengan riang. Burung-burung berterbangan dan pemandanagannya sungguh indah dan permai,” katanya kepada temannya itu.
Penerangan lelaki itu begitu meyakinkan sekali sehinggakan temannya dapat membayangkan suasana di luar jendela hospital itu. Rakannya sentiasa berasa bertenaga dan ceria apabila beliau mendengar gambaran yang indah itu.
Suatu petang, apabila kedua-dua lelaki itu sedang berbual seperti biasa, teman yang sedang baring atas katil yang jauh dari jendela terfikir, “Mengapa dia sahaja yang harus mendapat nikmat melihat pemandangan yang begitu indah di luar? Mengapa tidak aku?”
Perasaan cemburu mula berputik di hati pesakit ini. Dia berasa marah akan keadaan yang tidak memuaskan itu. Sepatutnya pihak hospital harus lebih adil dan memberi mereka peluang unutk menikmati pemandangan luar secara bergiliran. Lama-kelamaan, lelaki itu tidak lagi dapat menikmati gambaran temannya itu, akibat perasaannya cemburu dan tidak berpuas hati.
Sedang beberapa hari kemudian, lelaki yang berada di tepi jendela itu meninggal dunia. Temannya rasa gembira di hati, kerana ini bermakna ada peluang untuknya mendapat tempat tidur bersebelahan dengan jendela itu. Dapatlah beliau pula menikmati pemandangan yang indah dan menyejukkan mata. Beberapa hari selepas itu, pesakit yang kini keseorangna meminta izin jururawat agar beliau dipindahkan ke katil yang bersebelahan dengan jendela itu.
Di hadapannya hanya tersegam sebuah tembok yang kosong…Petang itu, lelaki tersebut perlahan-lahan membangunkan badannya yang lemah untuk menjenguk ke luar jendela.

(MUIS, NADI volume: 02/09)
——————————————————————————————————-
Wahai sahabatku,
Terlintas di hatiku, “Adakah aku sayangi sahabatku kerana Allah?”
Lalu aku teringat kata-kata Sayidina Ali:
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.  – Sayidina Ali

Aku mengimbas kenangan-kenangan dan  jasa-jasa kita bersama…
Subahanallah! Allah telah mengurniakan aku sahabat-sahabat untuk mentarbiyyahku dan mencerminkan diriku ini, walaupun kami saling terselisih faham dan berbeza pendapat…
Ya Allah, peliharalah persahabatan kami daripada gangguan syaitan yang sentiasa ingin melihat keretakkan ukhuwwah islamiyyah.
Sesungguhnya, aku menyayangi sahabat-sahabatku segenap jiwaku keranaMu, ya Rahman. Jauhkan kami daripada perasaan hasad dan dengki, ya Rahim.
Seorang penyair berujar:
Bila seorang teman bertutur tentang diriku,
yang memancing kemarahanku,
kumaafkan segala kesalahannya,
dan ku redam amarahku,
kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman

-          Al-Mukhtar minash-Shadaqah wash-Shadiq, hlm.125.
Maafkan daku…

(copy-paste)



No comments:

Post a Comment

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...