..:)

:):)

19 April 2011

:: madinah al-munawwarah ::


(T______________T)
sgt tersentuh bila baca doa ni..Allah...

hari ni 14 Mac 2011, jam 2pagi mjadi saksi detik penuh makna menjejakkan kaki di bumi mulia. tak pernah terbayang akan smpy sini di ketika ini. Allahu Akbar. Alhamdulillah.

itulah yg tdetik dlm hati. sepanjang masa hati ni bagaikan nk meletop. betul ke ni? kt Madinah ni? Ya Allah.. mulalah terdetik bermcm2. sirah perjuangan Rasulullah dtg2 menyerang. dibumi ini Rasulullah memulakan langkah dgn kebijaksanaannya menyebarkan dakwah. nasyid 'tola'al badru 'alaina' terngiang2. Ya Allah betapa aku x pernah merasai perasaan mcm ni. dulu aku hanya reti ungkapkan AKU CINTA RASULULLAH tp skrang ADAKAH aku sedang merasainya. airmata tak tertahan lagi (T___T)

mata semakin liar melihat-lihat suasana di luar. smpailah tpandang satu tempat yg sgt terang. terang sangat. tahu tak btape terang? van yg kami naik smakin hampir dan Abdul Rahman pon bg tahu 'haazihi Nabawi'. mata bagaikan terpaku tgk keindahan masjid tu. cantiknya. besarnya. 

pukul 4 pagi smpai. kami menginap di hotel Thaibah betul2 dpn kwsan masuk masjid Nabawi. kire turun lobi, keluar je terus nmpak tersergam indah masjid Nabi. Alhamdulillah subuh pertama di masjid kedua mulia itu. indahnya. indah berimamkan imam masjid nabawi. kwsn luar masjid memang sgt cantik. bila masuk apatah lagi. lagi cantik. subhanallah. dlm hati sentiasa berkata-kata "Rasulullah ada dlm ni...." tak sabar sgt nak ziarah maqam Rasulullah. 

itulah masjid nabi

nmpak x muazzin?

mihrab masjid Nabawi

mimbar dlm masjid.

اللهم صلى على سيدنا محمد

indah kan?

suasana di siang hari. lepas asar.

demikianlah keindahan masjid nabawi. selama 3 hari menikmati indahnya solat berjemaah di masjid ni. ha, lupe nak bgtahu. cuaca kt Madinah ni sgtlah sejuk. kami duduk kt hotel x pasang econ pon sebab terlalu sejuk. tapi bila waktu solat, nak ke masjid dapatlah merasai kesejukan spt econ, udara segar. memang sejuk. fenomena kulit kering dan bibir pecah2 mmg psti berlaku.

esoknya, dlm pukul 7.30 kami bersama jemaah Gemilang yg lain da bkumpul utk mlakukan ziarah. Alhamdulillah kami dpt pergi tempat2 penting yg meninggalkan seribu satu kenangan. antaranya melawat masjid Quba’, Pasar al-Majid, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Kilang & Galeri a-Quran. 

jemaah umrah Gemilang, kami menaiki bas

dalam perjalanan tu, mutawif sempat mberikan sedikit tazkirah dan pengenalan tentang tempat2 ziarah. sedikit sirah yg kami patut tahu. muqaddimah ustaz tu ringkas tp sgt meninggalkan kesan.

"para tetamu Allah dan tetamu Rasulullah, dhuyufullaha dhuyufur Rahman"

pada hari ni kami menjadi tetamu Rasulullah. betapa besarnya nikmat Allah yang DIA kurniakan kali ni buat kami sekeluarga dan jemaah lain. kami sampai di Masjid Qiblatain ataupun masjid dua kiblat. masjid putih yang grand. Alhamdulillah dpt melakukan solat sunat tahyatul masjid dan lain2. bila Rasulullah sampai ke Kota Madinah, masjid ni lah yg mula2 baginda bina dan dibina atas dasar ketaqwaan. dlm quran pon ada tercatat :

"...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih" (al-Taubah : 108)

masjid Qiblatain

bahagian dlm masjid

pjalanan dteruskan ke Bukit Uhud. sebelum tu sempat singgah Pasar Majid wt beli2 makanan spt kurma, coklat dan lain2. smpai Bukit Uhud nmpk ada satu kwsan ditutup. rupenye tu la maqam suhada' yg shahid time Perang Uhud. ada juga maqam Saidina Hamzah yg hatinya dilapah tu. tragis. beri salam dan baca doa buat para syuhada'. pastu terus je ke bukit yg x berapa tinggi. rupenye kt situlah Rasulullah dan para sahabat berjaga. Perang Uhud byk beri kita pengajaran. betapa kita mesti patuh dgn arahan ketua dan jgn tamak.

jabal Uhud



kami cuba mendaki :)

maqam Saidina Hamzah dan para syuhada'

pemandangan dari atas bukit..

lepas tu kami singgah pula kilang cetak Al-quran. lelaki boleh masuk dan dapat mashaf Quran free lagi. muslimat boleh masuk kt tempat pameran dan beli Quran je. Quran yg dibeli boleh diwaqafkan dlm masjid nabawi ataupun masjidil haram nanti. banyak pahala ni.patotlah penuh quran dlm masjid2 tu..

Al-quran al-kareem

Alhamdulillah perjalanan ziarah kami lancar je. tempat2 yg memang nak lawati semua dpt pegi. kami pulang hotel sebelum zohor. keesokan harinya kami habiskan masa kt Kota Madinah ni sbb lusa dah nak btolak ke Mekkah. Malam tu kami berkumpul lagi tapi kali ni muslimat je. kami akan melakukan ziarah ke maqam Rasulullah. cuaca malam tu sgt2 sejuk. kami dibimbing oleh ustazah yg baik hati. sebelum masuk tu mcm biasa kami diberi taklimat apa nk buat nanti. Dpt ilmu baru lagi. Kami masuk masjid utk ke maqam Rasulullah dlm pukul 11 malam cmtula.

Seperti yg kita tahu. wajib bagi jemaah umrah & haji utk ziarah maqam Rasulullah. tapi kn, kalau x wajibkan pon mesti semua memang nak pegi kn? dlm pjalanan menuju ke kwsn maqam Rasulullah tu hati ni sgt teruja. seronok rasa nk jumpa Rasulullah. setiap langkah memohon agar diri ni dpt melihat, memegang maqam. mengucapkan salam utknya. tapi kami xde rezeki. rupanya muslimat tak boleh masuk. Ya Allah sedihnyerr..T__T. saat terpandang kwsn warna hijau2, laju je airmata. tp tu bukan maqam Rasulullah.. hati ni meronta-ronta nk masuk juga tapi apekan daya. kami hanya duduk di luar. kat situlah ustazah tu pesan :

"walau kat mana2 pon di Madinah ni kita berdoa, berselawat keatas nabi..semua tu tetap sampai. walaupun tak dapat masuk"

Sedihh...tp betul juga. kata2 ustazah tu jd terubat rasa hampa. memang betul. kat mana2 pon kita berada, kita memang dituntut berselawat keatas nabi. cuma mungkin rasa....

"kan best kalau dpt masuk. walaupun hanya nmpak maqam yg berwarna hijau tu tp time tu dekatnya dgn Rasulullah. kekasih Allah. manusia yg plg mulia".. 

Bersebelahan maqam Rasulullah terletaknya 2 lagi maqam sahabat iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab. Alhamdulillah, walaupun xdapat tengok yg sebenar-benarnya, tapi adik yg dapat masuk dan berjalan dpn maqam sempat record suasana maqam Rasulullah. xdapat tgk live, tgk live dlm video pon jaadilah. indahnya..

lepas selesai, kami bergerak pula utk ke Raudhah. sabda Rasulullah s.a.w : 

"Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman surga dan mimbarku berada di atas telagaku." hadis Bukhari dan Muslim.

bersambung...



raudhah,
nurunnysa :)


No comments:

Post a Comment

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...