..:)

:):)

24 April 2011

:: raudhah ::

Tuhan..
ku serahkan hatiku..ragaku..
hanya kerinduan kasihku padaMU..
kerana masa silamku sepanjangnya oh berliku..
Raudhah..
sentiasa menjadi rebutan..
Raudhah..
kenikmatan seribu idaman..
ku bayang ku disampingmu ku terasa kebahagiaan di Syurga..

entry kali ni khas mengenai pengalamanku di Raudhah..lagu atas ni lagu sekolahku, SAMTEN oleh kumpulan nasyid al-Mubarak. bila dah alami, baru dapat hayati. Amat menusuk di kalbu.


pada 14 Mac 2011 malamnya, kami berkumpul untuk melakukan ziarah maqam Rasulullah & Taman Syurga..Raudhah..



sabda Rasulullah s.a.w : 

"Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman surga dan mimbarku berada di atas telagaku." hadis Bukhari dan Muslim.

Sebelum masuk tu, ustazah yang mengiringi memberikan sedikit taklimat kpd kami. apa nak dibuat semasa berada dlm Raudhah nanti. ramai sgt jemaah umrah time tu tapi Alhamdulillah semuanya lancar. polis wanita yg jaga kami bersusah-susah nak kawal para jemaah. lagi lagi jemaah dari Iran, Turki dan seumpamanya. depa ni ganas cikit. ikot suka nak buat ape. arahan pon taknak ikot. bagi diri ini, kita semua nak sangat masuk dalam. nak menikmati semua yg ada dalam masjid tu tapi biarlah banyak2 bersabar dan tolak ansur. apa lah salahnya kan kalau bersabar. kan indah. semua org pon akan dapat masuk.

Lepas selesai ziarah (walaupun kat luar je) maqam Rasulullah, kami bergerak pula dalam kumpulan untuk ke Raudhah. dalam hati.. "Ya Allah mudahkanlah..ramai sgt org ni"..kami tak dapat gerak pon. lame berdiri. ada sekali tu jemaah Iran agaknya main tolak2. Ya Rabbi..tolak plak dah. siap maki2 kami sebab tak bagi dia jalan. sabo ajelah. 


Ustazah yang iring kami sgt menjaga keselamatan kami. semangat berpasukan tu yg penting. indah time tu bila ingat balik semangat kami yang menjaga satu sama lain. Pada satu ketika, ustazah bagitahu..


"ibu2..cuba lihat bawah, kapet hijau kan? ya..kita sekarang sudah berada di Raudhah"

Alhamdulillah. kami dah berada dalam kawasan Raudhah. dikelilingi tiang2 hijau. kapetnya warna hijau krim2 sikit. Ustazah pesan, dah sampai kat Raudhah ni biarlah kita ambil sof depan sekali untuk solat sunat. Solat sunat yg diajarkan ialah solat sunat Mutlaq. Solat sunat Mutlaq ni gantikan solat sunat hajat & taubat. Oleh kerana ramai sgt org, nanti tak sempat nak solat banyak2. kena bagi peluang kat jemaah lain pulak kan. dalam solat sunat Mutlaq ni boleh disertakan segala hajat & mohon taubat yg sebenar-benarnya.

Lepas mencari-cari posisi sesuai nak solat dgn dalam keadaan org ramai bertolak-tolaknya, Alhamdulillah Allah izinkan hambaNya ini untuk merasa solat dalam Taman Syurga di sof pertama. Perasaan time tu mcm2. Rasa blurr pon ada juga sebenarnya. Nikmat yg Allah berikan menggunung. Ape yg dihajatkan semua Allah tunaikan dgn cepat. Allah..namun hambaMU ini selalu mungkir janji..T__T

Lepas semua selesai mengerjakan solat & doa2 yg nak dipohon, kami pon berkumpul utk pulang ke hotel. Ini malam terakhir di Madinah. Sekejap sgt rasa berada dekat dengan Rasulullah. Memang kecewa bebeno tak dapat masuk maqam. Ya Rasulullah..aku rindu padaMU..


bersambung....


umat Muhammad saw,
nurunnysa :)

2 comments:

  1. salam,ad lirik penuh lagu raudhah x?sy nk bleh?da lme mncari lirik lagu ni..harap dpt mmbantu..=)

    ReplyDelete

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...