..:)

:):)

08 June 2011

:: memori mekah~ part 1 ::

insya Allah saya akan tunaikan janji nak update blog pasal Mekah. Walaupun dah 2 bulan lebih meninggalkan tempat suci itu, namun kenangan bersamanya tetap tersemat dlm kalbu~

15 Mac 2011~

ingat lg, pagi tu lepas je solat Subuh & sarapan2, saya bersama akk2 & adik2, kitorg sempat shopping kejap kat Madinah. ala beli ole2 n beli jubah (n mmg dah niat). murah je. pagi tu cuaca sgt harmoni memang Madinah sgt sejuk kan. dlm pukul 11 baru balik hotel. kena kemas2 sbb pkul 2 kena cek-out. pukul 2 sume da siap2, berita sedih menjengah. dgn cool-nya bgthu fmily. dorg sedih, diri ni pon sedih tp konon2 cool n x nangis. ucap Alhamduliilah dulu~

dalam pkul 3petang lbh2 kami rombongan umrah Gemilang pon bergerak menuju Kota Suci Makkah al-Mukarramah. beberapa minit pjalanan, kami bhenti di stesen ptama iaitu Bir 'Ali, tempat miqat umrah. raamai jemaah yg berniat disitu. sempat snap2 gmba mengisi kesedihan hati~



masjid Bir 'Ali



jemaah Gemilang


lepas semua jemaah selesai niat ihram, solat sunat ihram, kami pon meneruskan lg pjalanan. sedih hiba sgt bila mutawwif mengalunkan talbiah buat ptama kalinya. menitis airmata ini. menelusi pjalanan indah itu membuatkan diri ni tak bjaya menidurkan diri. sepanjang pjalanan mcm2 terlintas. kami berhenti solat maghrib di masjid tepi jalan. turun je bas, Ya Allah angin sgt kuat. terkejut btol time tu. mmg x boleh jalan. dah mcm ribut. takuut..mungkin itu tanda slamat datang buat kami dari-NYA. bukan mudah menjejakkan kaki di tanah haram~

"kito doh nak sapa Mekah doh ni. bangun ye. bangun belake doh ke?" 
oyak mutawwaif kami yg dr Patani tu~

Alhamdulillah slmat sampy bumi haram. kami terus cek-in hotel, siap2 sume para jemaah bkumpul utk menunaikan umrah mereka yg pertama..sodeh lg T___T

esoknya seperti biasa mereka k masjidil haram pukul 3pg sbb subuh azan ptama pkul 4,msuk waktu pkul 5. balik subuh tros pegi sarapan dekat hotel sebelah. tuulah rutin harian. duduk2 rehat2 dalam pkul 11 pegi masjid balik sbb Zohor pkul 12 tghari. waktu mencabar nak g Zohor adalah time Zohor & Asar sbb cuaca sgt terik lg panas. berdebu muka. tp apa2 pon x kisah. sudah kasi redah je :)

Malam lepas family solat Isyak, ikot ayah, abg & adik lelaki pegi Tan'im utk berniat ihram. kat sini tanah halal paling dekat adalah Tan'im. selesai solat sunat & niat kami pon pulang tp tros ke masjidil haram. 

masjid 'Aisyah di Tan'im

suasana kawasan masjid


saya hanya duduk di tempat Saie shj. kwsn ni x termasuk kwsn masjid. dan itulah kali pertama melihat....


"sah, ko da ready dah? abg
"ready ape ni?
"tuuu..." smbil menghalakan mukaku tepat...

Subhanallah. Allahuakbar. Alhamdulillah. Ya Allah..indahnya, tersergam indah. ramai sgt org. itulah Kaabah. lokasinya btol2 di tgh Masjidil Haram. Ya Allah, hamba hanya dpt melihat dr jauhh je....

beberapa jam duduk menatap kaabah dr kejauhan. mathurat dibawa & diulang. bila tiba satu part dlm mathurat 2, mmg meleleh-leleh airmata memohon sgt2 pd Allah..


"ALLAH tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

pergantungan terhadap ALLAH itu yg paling penting. selalu kan dengar..

"faiza 'azamta fatawakkal 'alallah"
apabila telah bulatkan tekad, maka tawakkal lah kpd Allah"

esoknya dah boleh buat umrah pertama kali seumur hidupku. Alhamdulillah, moga2 amalan kami diterima disisimu Ya Rabb. aminn~



No comments:

Post a Comment

nurunnysa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...